KETAHUI TEKNIK UNTUK TAMPILKAN BISNES ANDA DENGAN KELAINAN

Monday, August 25, 2008

API NERAKA

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca blog beragama Islam.

SEMPENA Bulan Ramadhan yang dah semakin hampir nie, suka saya sekiranya saya dapat berkongsi kisah kisah Islam dan untuk topik kita hari ini, ialah API NERAKA.

Sebagai renungan bersama mari kita fahamkan apa itu neraka. Tak terbayang betapa dasyatnya api neraka untuk mereka yang ingkar pada perintah Allah.

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi(S.A.W) pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s.a.w.:
'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'
Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.'
Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'
Jawabnya:
'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.
Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.
'Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?
'Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?
'Jawab Jibrail:
  • 'Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
  • Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
  • Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
  • Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
  • Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
  • Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.

'Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:

'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummatku yang akan masuk ke dalam neraka?'Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.'Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis,

kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yang Lalai')Dari Hadith Qudsi:

Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 bermaksud:

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk

Thursday, August 21, 2008

ILMU, BACA, ILMU, BACA

Topic kita kali ini tentang pentingnya Ilmu dan membaca.. saya sebenarnya baru tersedar yang saya rupanya terlalulah kuno dan banyak yang saya tak tahu..tentang segala nya....sejak menyertai Wokshop IK baru lah saya sedar betapa penting nya membaca...(maklumlah.. saya memang seorang yang tak suka membaca!) tetapi, bila saya tersedar ttg kepentingan membaca.., tiba- tiba naik semangat dan minat saya untuk membaca!

sebab saya nak tahu apa yang saya dah lama ketinggalan dan bila orang sebut tajuk buku,,ceh..orang lain dah tahu..tapi saya??




hhmmm.. nilah padahnya sebab tak membaca..

Jadi selama dah 29 tahun ni saya hidup, (tolak waktu sekolah 11 tahun) so, 18 tahun saya dah rugi... rugi yang teramat sangat..rugi kerana tak minat membaca!


Jadi saya menyeru kepada semua supaya terapkan minat membaca.. dulu semasa saya kecil, saya selalu tengok IKLAN "Minat Membaca Amalan Mulia", tapi sebenarnya ia tak memberi sebarang makna langsung pada saya..sehinggalah saya leka pada usia 29 tahun nie..dan sehinggalah saya menyertai Wokshop IK..(Terima Kasih IK)


(saya nak suruh orang iklan tu tukar word tu jadi cerita pendek akibat tidak minat membaca! setuju tak?supaya iklan ni lebih effective!)


Baru 2 minggu saya mula membaca, Alhamdullillah.. banyak yang saya dapat..



  • Inspiritual quote dan fungsi nya-penting! kena ada inspiritual Quote nie.

  • Visualize vision -supaya menaikkan semangat mencapai visi kita.

  • The Secret - ni buku yang saya nak cari, sebab Ik selalu sebut mengenai nya dan yang paling menarik perhatian saya ialah, wife IK guna "The Secret" untuk dapatkan baby lahir pada 08-08-08..and it's work.. dah lahir dah pun.. WOW..bagus tak?

  • konsep Rich Dad Poor Dad

  • dan banyak lagi...

tapi yang penting sekarang ialah buku "The Secret" dan saya akan lahirkan baby saya pula pada 09-09-09.. :o: ;) :D ..


p/s : Doakan saya dapat baby lelaki..T.Kasih..




Tuesday, August 12, 2008

MENTOR JUTAWAN

Hari ini kita lihat pesanan Dr. Irfan mngenai Buku Mentor Jutawan.

So, hari ni kita ambil sedutan startegi dari Mentor Jutawan
terakhir (last but not least!),
kawan baik & mentor saya,
Dr Azman Ching
, Jutawan MLM. Rasanya tak perlu lagi pengenalan kepada
beliau!

Sejak minggu sudah, memang banyak Mentor Jutawan telahpun dimiliki pembaca. Infact, dalam masa seminggu, lebih 300 ebook telah terjual! Matlamat kami untuk jadikan Mentor Jutawan ebook yang laris di Internet berada pada jalan yang betul Macam mana pun, ianya masih lagi awal dan kami akan terus promosikan Mentor Jutawan sehingga beribu-ribu terjual supaya lebih ramai tahu “what it takes” dan strategi-strategi untuk menjadi jutawan! So, tak terjebak lah dalam skim-skim cepat kaya di luar sana



Soalan saya kepada Azman Ching adalah mengenai matlamat. Untuk tatapan anda sempena matlamat Mentor Jutawan untuk jadi ebook terlaris di Malaysia!

Langkah kecil anda mungkin dengan hanya memiliki ebook Mentor Jutawan untuk mengetahui rahsia, strategi dan tips 8 jutawan-jutawan terpilih yang dimuatkan. Bagi yang belum mendapatkannya, boleh dapatkannya di sini!


Bagi yang ingin mencuba teknik pendapatan survey;

Friday, August 8, 2008

PROGRAM AFFILLIATE

ALHAMDULILLAH buat langkah pertama, saya telah berjaya membuat/menyertai program affiliate dari Mentor jutawan. Ini adalah affilliate saya yang pertama.

Apakah itu "Program Affiliate Mentor Jutawan"?
Program affiliate Mentor jutawan membolehkan anda mempromosikan "Mentor Jutawan" kepada orang ramai dan sekiranya terdapat jualan, anda akan menerima komisyen sebanyak RM10 untuk setiap jualan. (bahasa melayu kita kata komisen la..) jadi ini adalah antara saranan Dr. Irfan di Workshop cara menjana pendapatan di Internet..

Wow...memang hebat rupanya internet ini..memang sesuai dengan web Dr. Irfan Rahsiainternet.com, memang sebenarnya banyak rahsia yang orang tak tahu..Terdapat terlalu banyak cara untuk menjana pendapatan di Internet.

Wednesday, August 6, 2008

Workshop Dr. Irfan Khairi

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Irfan Khairi diatas Workshop yang diadakan yang baru sahaja berlangsung pada 2hb Ogos. Workshop ini benar-benar dapat membantu saya melakukan sesuatu yang saya tak pernah saya sangka yang saya dapat melakukannya!,Walaupun saya berlatarbelakangkan IT!(dulu saya ambil kos IT, tapi part-time dan tidak pernah di praktikkan!) Sebenarnya boleh dikatakan saya Buta IT memandangkan arus permodenan yang terlalu deras membuatkan saya jauh ketinggalan!Sebelum saya menyertai Workshop ini saya hanya tahu sign in dan sign out serta baca e-mail,itu sahaja! Pasti anda tertawa dengan kejahilan saya dalam IT ini!Sememangnya semasa dalam Workshop, saya agak jauh ketinggalan berbanding dengan peserta yang lain, apabila mereka bercakap mengenai IT dan ayat-ayat internet, saya terkedu!malu sendiri!Tapi Alhamdulillah,Dr. Irfan telah Mencelik kan saya, dan sekarang saya sudah berjaya mencipta blog sendiri!(walaupun orang lain mungkin petik jari shj mencipta blog). Bagi saya, saya amat bangga dan sekurang-kurangnya apabila saya kini bercakap mengenai internet, saya sudah tidak malu lagi! malah dengan bangganya saya pula yang menunjukkan dan mengajar orang!Dr. Irfan sememangnya seorang yang benar-benar ingin kita berjaya, bukan hanya menjayakan workshop,dan berlalu pergi..malah beliau telah memberikan ilmu yang begitu mendalam serta tip tip yang boleh digunapakai dalam membina laman web yang menjual. Tidak sia-sia saya melabur untuk menyertai Workshop ini ..amat berbaloi dan ilmu yang saya terima berlipat ganda jauh lebih mahal lagi harganya,sepatutnya.... terima kasih doc.

JADI DALAM LANGKAH PERTAMA untuk memulakan Perniagaan Internet, saya perlu brainstorm idea idea dan skop market. Saya sudah ada beberapa idea yang saya rasa boleh diniagakan dalam Internet, dan saya masih lagi study idea idea itu.