KETAHUI TEKNIK UNTUK TAMPILKAN BISNES ANDA DENGAN KELAINAN

Monday, July 6, 2009

Selamat Bertemu Kembali..

Hai... setelah sekian lama menyepikan diri, saya ingin mencuri masa saya untuk meluangkan masa membuat coretan khas untuk teman-teman disana..

Pastinya ramai tertanya-tanyakan, "kenapa blog nie tak di update lagi,, dah takde orang ke..".. ok sebenarnya saya baru menceburkan diri dalam bidang perniagaan...
Wah.. bila sebut jadi bussiness women mesti ramai yang cakap seronoknyyyeerr...
Hmm.. ok.. sebenarnya memang agak menyeronokkan tapi yang selebihnya ia amat mencabar..
Pelbagai perkara yang saya baru pelajari dan sedikit sebanyak ia telah mengubah diri saya sendiri..
Erti kesabaran...
Erti menghargai wang....
Dan pelbagai lagi...

Ia juga telah melembutkan hati saya yang sememangnya keras... :)

Alhamdulillah.. hampir 6 bulan saya mula berniaga, kini saya baru nampak keuntungannya.. memang agak mencabar apabila semua duit kita habis dilaburkan dalam perniagaan ini.. tapi oleh kerana minat dan semangat yang kuatlah yang menyebabkan saya masih disini.. kalau tidak, saya rasa bulan ketiga dan keempat saya hampir putus asa dan hampir nak tutup kedai..

TETAPI....
Saya cabar diri saya.. "KENAPA ORANG LAIN BOLEH BUAT TAPI SAYA TAK BOLEH BUAT?? dan..
Berkat nasihat kawan2 saya, dan Pendorong paling kuat saya iaitu SUAMIKU YANG TERCINTA... saya meneruskan cabaran perniagaan ini.. saya berpegang kepada kata2 kwn saya : "awak belum cukup susah untuk jadi senang" barulah saya tahu yang dia pun berjaya setelah mengharungi perbagai kesusahan dan onak duri sehingga rumah hampir tergadai.." Ingat saya nie dah cukup susah dah.. dah putus asa.... Rupa2nya memang kena susag mcm tu untuk berjaya ni.. Bak kata DR. Azman Ching dalam seminar usahawannya.." Apabila kita gagal bermakna sebelah kaki kita sudah melangkah kearah kejayaan..." Alhamdulillah... Berkat kesabaran saya masih disini meneruskan cabaran...

Untuk Kalian semua.. Tolong doakan kejayaan saya mudah-mudahan saya berjaya mengikut idola saya untuk jadi JUTAWAN.. iaitu Irfan Khairi..

Dan...
Saya akan mengambil kesempatan nanti untuk memasukkan produk saya di blog ini untuk tatapan kalian dan sesiapa yang sudi support saya untuk membeli product saya...yang pastinya harga paling istimewa untuk Anda...

Sekian Salam Sayang dari saya..

No comments: